Archive for Juli 5, 2007

Syaikh Muhammad Arsyad Al-Banjari

SYAIKH MUHAMMAD ARSYAD AL-BANJARI                                                                       

image0011.jpg

Nama Syaikh Muhammad Arsyad menempati hati masyarakat Kalimantan dan Indoensia sebagai ulama besar dan pengembang ilmu pengetahuan dan agama.   Belum ada tokoh yang mengalahkan kepopuleran nama Syaih Arsyad Al-Banjari. Karya-karyanya hinga kini tetap dibaca orang di masjid dan disebut-sebut sebagai rujukan. Nama kitabnya Sabilal Muhtadin diabadikan untuk nama Masjid Agung Banjarmasin. Nama kitabnya yan lain Tuhfatur Raghibin juga diabadikan untuk sebuah masjid yang tak jauh dari makan Syaikh Arsyad. Tak hanya itu, hampir seluruh ulama di Banjarmasin masih memiliki tautan dengannya. Baik sebagai  keturunan atau muridnya. Sebut saja nama almarhum K.H. Zaini, yang dikenal dengan nama Guru Ijay itu, adalah keturunan Syaikh Arsyad. Hampir semua ulama di Kalimantan, Sumatera, Jawa, dan Malaysia, pernah menimba ilmu dari syaikh atau dari murid-murid syaikh. 

Ulama yang memiliki nama lengkap Syeikh Muhammad Arsyad bin Abdullah bin Abdur Rahman Al-Banjari itu ternyata memang bukan orang biasa. Ia adalah cicit Sayid Abu Bakar bin Sayid Abdullah Al-’Aidrus bin Sayid Abu Bakar As-Sakran bin Saiyid Abdur Rahman As-Saqaf bin Sayid Muhammad Maula Dawilah Al-’Aidrus. Silisahnya kemudian sampai pada Sayidina Ali bin Abi Thalib dan Sayyidatina Fatimah binti Rasulullah. Dengan demikian Syaikh Arsyad masih memiliki darah keturunan Rasulullah.

Abdullah tercatat sebagai pemimpin peperangan melawan Portugis, kemudian ikut melawan Belanda lalu melarikan diri bersama isterinya ke Lok Gabang (Martapura). Dalam riwayat lain menyebut bahwa apakah Sayid Abu Bakar As-Sakran atau Sayid Abu Bakar bin Sayid `Abdullah Al-’Aidrus yang dikatakan berasal dari Palembang itu kemudian pindah ke Johor, dan lalu pindah ke Brunei Darussalam, Sabah, dan Kepulauan Sulu, yang kemudian memiliki keturunan kalangan sultan di daerah itu. Yang jelas, para sultan itu masih memiliki tali temali hubungan dengan Syaikh Arsyad yang berinduk ke Hadramaut, Yaman. Bapaknya Abdullah merupakan seorang pemuda yang dikasihi sultan (Sultan Hamidullah atau Tahmidullah bin Sultan Tahlilullah 1700-1734 M).

Bapaknya bukan asal orang Banjar,tetapi datang dari India mengembara untuk  menyebarkan Dakwah,Belia seorang ahli seni ukiran kayu. Semasa ibunya hamil,kedua Ibu Bapaknya sering berdo’a agar dapat melahirkan anak yang alim dan zuhud. Setelah lahir,Ibu Bapaknya mendidik dengan penuh kasih sayang setelah mendapat anak sulung yg dinanti-nantikan ini. Beliau dididik dengan dendangan Asmaul-Husna,disamping berdo’a kepada Allah.Setelah itu diberikan pendidikan al-qur’an kepadanya. Kemudian barulah menyusul kelahiran adik-adiknya yaitu ;  ’Abidin, Zainal abidin, Nurmein, Nurul Amein.

Muhammad Arsyad lahir di Banjarmasin pada hari Kamis dinihari, pukul 03.00 (waktu sahur), 15 Safar 1122 H atau 17 Maret 1710 M.

Semasa Kecil

Sejak kecil, Syaikh Muhammad Arsyad Al-Banjari Cergas dan Cerdas serta mempunyai akhlak yang baik dan terpuji. Kehebatan beliau sejak kecil ialah dalam bidang seni Lukis dan seni tulis, sehingga siapa saja yang melihat karyanya akan merasa kagum dan terpukau.

Pada suatu hari, sultan mengadakan kunjungan kekampung-kampung, Pada saat baginda sampai kekampung lok Gabang, Baginda berkesempatan melihat hasil karya lukisan Muhammad Arsyad yang indah lagi memukau hati itu. justeru Sultan berhajat untuk memelihara dan mendidik Muhammad Arsyad yang tatkala itu baru berusia 7 tahun.

Syeikh Muhammad Arsyad al-Banjari mendapat pendidikan penuh di Istana sehingga usia mencapai 30 tahun. Kemudian beliau dikawinkan dengan seorang perempuan yang soleha bernam Tuan Bajut, Hasil perkawinan beliau memperoleh seorang putri yang diberinam Syarifah.

Beliau telah meneruskan pengembaraan ilmunya ke Mekah selama 30 tahun dan Madinah selama 5 tahun. Segala perbelanjaanya ditanggung oleh sultan.

Sahabatnya yang paling penting yang banyak disebut adalah Syeikh `Abdus Shamad Al-Falimbani, Syeikh Abdur Rahman Al-Mashri Al-Batawi dan Syeikh Abdul Wahhab Bugis (yang kemudian menjadi menantu Syaikh). Guru yang banyak disebut adalah Syeikh Muhammad bin Sulaiman Al-Kurdi, Syeikh `Athaullah dan Syeikh Muhammad bin Abdul Karim As-Sammani Al-Madani. Selama belajar di Mekah Syeikh Arsyad tinggal di sebuah rumah di Samiyah yang dibeli oleh Sultan Banjar. Syeikh Arsyad juga belajar kepada guru-guru Melayu di Arab Saudi, seperti Syeikh Abdur Rahman bin Abdul Mubin Pauh Bok Al-Fathani (Thailand Selatan), Syeikh Muhammad Zain bin Faqih Jalaluddin Aceh dan Syeikh Muhammad `Aqib bin Hasanuddin Al-Falimbani.
Hampir semua ilmu keislaman yang telah dipelajari di Mekah dan Madinah mempunyai sanad atau silsilah hingga ke pengarangnya. Hal ini cukup jelas seperti yang ditulis oleh Syeikh Yasin bin Isa Al-Fadani (Padang, Sumatera Barat) dalam beberapa buah karya beliau. Selain bukti berupa karya-karyanya, juga dapat diambil jasa-jasanya membuka mata rakyat Banjar atau dunia Melayu.

Rekan-rekan Arsyad selama di Mekah kemudian juga menjadi ulama terkenal. Syeikh `Abdus Shamad Al-Falimbani pengarang Sayrus Salaikin, Syeikh `Abdur Rahman Al-Mashri Al-Batawi (akkek Sayid `Utsman bin Yahya, Mufti Betawi yang terkenal), Syeikh Muhammad Nafis bin Idris Al-Banjari, pengarang kitab Ad-Durrun Nafis, Syeikh Muhammad Shalih bin `Umar As-Samarani (Semarang) yang digelar dengan Imam Ghazali Shaghir (Imam Ghazali Kecil), Syeikh `Abdur Rahman bin `Abdullah bin Ahmad At-Tarmasi (Termas, Jawa Timur), Syeikh Haji Zainuddin bin `Abdur Rahim Al-Fathani (Thailand Selatan), dan banyak lagi.

Penulisan

Tradisi kebanyakan ulama, ketika mereka belajar dan mengajar di Mekah, sekali gus menulis kitab di Mekah juga. Lain halnya dengan Syeikh Muhammad Arsyad bin `Abdullah al-Banjari, walaupun dipercayai bahawa beliau juga pernah mengajar di Mekah, namun karya yang dihasilkannya ditulis di Banjar sendiri. Lagi pula nampaknya beliau lebih mencurahkan khidmat derma baktinya di tempat kelahirannya sendiri yang seolah-olah tanggungjawab rakyat Banjar terbeban di bahunya. Ketika mulai pulang ke Banjar, sememangnya beliau sangat sibuk mengajar dan menyusun segala macam bidang yang bersangkut-paut dengan dakwah, pendidikan dan pentadbiran Islam. Walaupun begitu beliau masih sempat menghasilkan beberapa buah karangan.

Karya-karya Syeikh Arsyad banyak ditulis dalam bahasa Arab-Melayu atau Jawi yang memang diperuntukkan untuk bangsanya. Meskipuin ia memiliki kemampuan menulis berbagai kitab dalam bahasa Arab, tapi, ia lebih suka menuliskannya dalam bahasa Jawi. Ia mengajarkan kitab-kitab semacam Ihya Ulumiddin karya Imam Ghazali kepada para muridnya.

Karangannya yang sempat dicatat adalah seperti berikut di bawah ini:

  1. Tuhfah ar-Raghibin fi Bayani Haqiqah Iman al-Mu’minin wa ma Yufsiduhu Riddah ar-Murtaddin, diselesaikan tahun 1188 H/1774 M
  2. Luqtah al-’Ajlan fi al-Haidhi wa al-Istihadhah wa an-Nifas an-Nis-yan, diselesaikan tahun 1192 H/1778 M.
  3. Sabil al-Muhtadin li at-Tafaqquhi fi Amri ad-Din, diseselesaikan pada hari Ahad, 27 Rabiulakhir 1195 H/1780 M
  4. Risalah Qaul al-Mukhtashar, diselesaikan pada hari Khamis 22 Rabiulawal 1196 H/1781 M.
  5. Kitab Bab an-Nikah.
  6. Bidayah al-Mubtadi wa `Umdah al-Auladi
  7. Kanzu al-Ma’rifah
  8. Ushul ad-Din
  9. Kitab al-Faraid
  10. Hasyiyah Fat-h al-Wahhab
  11. Mushhaf al-Quran al-Karim
  12. Fat-h ar-Rahman
  13. Arkanu Ta’lim as-Shibyan
  14. Bulugh al-Maram
  15. Fi Bayani Qadha’ wa al-Qadar wa al-Waba’
  16. Tuhfah al-Ahbab
  17. Khuthbah Muthlaqah Pakai Makna. Kitab ini dikumpulkan semula oleh keturunannya, Abdur Rahman Shiddiq al-Banjari. Dicetak oleh Mathba’ah Al-Ahmadiah, Singapura, tanpa dinyatakan tarikh cetak.

Ada pun karyanya yang pertama, iaitu Tuhfah ar-Raghibin, kitab ini sudah jelas atau pasti karya Syeikh Muhammad Arsyad bin `Abdullah al-Banjari bukan karya Syeikh `Abdus Shamad al-Falimbani seperti yang disebut oleh Dr. M. Chatib Quzwain dalam bukunya, Mengenal Allah Suatu Studi Mengenai Ajaran Tasawuf Syeikh Abdus Samad AI-Falimbani, yang berasal daripada pendapat P. Voorhoeve. Pendapat yang keliru itu telah saya bantah dalam buku Syeikh Muhammad Arsyad (l990). Dasar saya adalah bukti-bukti sebagai yang berikut:

  1. Tulisan Syeikh Daud bin Abdullah al-Fathani, “Maka disebut oleh yang empunya karangan Tuhfatur Raghibin fi Bayani Haqiqati Imanil Mu’minin bagi `Alim al-Fadhil al-’Allamah Syeikh Muhammad Arsyad.”
  2. Tulisan Syeikh `Abdur Rahman Shiddiq al-Banjari dalam Syajaratul Arsyadiyah, “Maka mengarang Maulana (maksudnya Syeikh Muhammad Arsyad al-Banjari, pen:) itu beberapa kitab dengan bahasa Melayu dengan isyarat sultan yang tersebut, seperti Tuhfatur Raghibin …” Pada halaman lain, “Maka Sultan Tahmidullah Tsani ini, ialah yang disebut oleh orang Penembahan Batu. Dan ialah yang minta karangkan Sabilul Muhtadin lil Mutafaqqihi fi Amrid Din dan Tuhfatur Raghibin fi Bayani Haqiqati Imani Mu’minin wa Riddatil Murtaddin dan lainnya kepada jaddi (Maksudnya: datukku, pen :) al-’Alim al-’Allamah al-’Arif Billah asy-Syeikh Muhammad Arsyad bin `Abdullah al-Banjari.”
  3. Pada cetakan Istanbul, yang kemudian dicetak kembali oleh Mathba’ah Al-Ahmadiah, Singapura tahun 1347 H, iaitu cetakan kedua dinyatakan, “Tuhfatur Raghibin … ta’lif al-’Alim al-’Allamah asy-Syeikh Muhammad Arsyad al-Banjari.” Di bawahnya tertulis, “Telah ditashhihkan risalah oleh seorang daripada zuriat muallifnya, iaitu `Abdur Rahman Shiddiq bin Muhammad `Afif mengikut bagi khat muallifnya sendiri …”. Di bawahnya lagi tertulis, “Ini kitab sudah cap dari negeri Istanbul fi Mathba’ah al-Haji Muharram Afandi”.
  4. Terakhir sekali Mahmud bin Syeikh `Abdur Rahman Shiddiq al-Banjari mencetak kitab Tuhfah ar-Raghibin itu disebutnya cetakan yang ketiga, nama Syeikh Muhammad Arsyad bin `Abdullah al-Banjari tetap dikekalkan sebagai pengarangnya.

Daripada bukti-bukti di atas, terutama yang bersumber daripada Syeikh Daud bin `Abdullah al-Fathani dan Syeikh `Abdur Rahman Shiddiq adalah cukup kuat untuk dipegang kerana kedua-duanya ada hubungan dekat dengan Syeikh Muhammad Arsyad bin `Abdullah al-Banjari itu. Syeikh Daud bin `Abdullah al-Fathani adalah sahabat Syeikh Muhammad Arsyad bin `Abdullah al-Banjari sedangkan Syeikh `Abdur Rahman Shiddiq pula adalah keturunan Syeikh Muhammad Arsyad bin `Abdullah al-Banjari. Mengenai karya-karya Syeikh Muhammad Arsyad bin `Abdullah al-Banjari yang tersebut dalam senarai, insya-Allah akan dibicarakan pada kesempatan yang lain.

  Masih banyak lagi tulisan dan catatan syaikh yang disimpan kalangan muridnya yang kemudian diterbitkan di Istambul (Turki), Mesir, Arab Saudi, Mumbai (Bombai), Singapura, dan kemudian Jakarta Surabaya, dan Cirebon. Di samping itu beliau menulis satu naskah al Quranul Karim tulisan tentang beliau sedikit, yang sampai sekarang masih terpelihara dengan baik.

Keturunan

Zurriyaat (anak dan cucu) beliau banyak sekali yang menjadi ulama besar, pemimpin-pemimpin, yang semuanya teguh menganut Madzhab Syafi’i sebagai yang di wariskan oleh Syeikh Muhammad Arsyad Banjar.
Diantara zurriyat beliau yang kemudian menjadi ulama besar turun temurun adalah :

l . H. Jamaluddin, Mufti, anak kandung, penulis kitab “perukunan Jamaluddin”.
2. H. Yusein, anak kandung, penulis kitab “Hidayatul Mutafakkiriin”.
3. H. Fathimah binti Arsyad, anak kandung, penulis kitab “Perukunan Besar”, tetapi namanya tidak ditulis dalam kitab itu.
4. H. Abu Sa’ud, Qadhi.
5. H. Abu Naim, Qadhi.
6. H. Ahmad, Mufti.
7. H. Syahabuddin, Mufti.
8. H.M. Thaib, Qadhi.
9. H. As’ad, Mufti.
10. H. Jamaluddin II., Mufti.
11. H. Abdurrahman Sidiq, Mufti Kerajaan Indragiri Sapat (Riau), pengarang kitab “Risalah amal Ma’rifat”, “Asranus Salah”, “Syair Qiyamat”, “Sejarah Arsyadiyah” dan lain lain.
12. H.M. Thaib bin Mas’ud bin H. Abu Saud, ulama Kedah, Malaysia, pengarang kitab “Miftahul jannah”.
13. H. Thohah Qadhi-Qudhat, penbina Madrasah “Sulamul ‘ulum’, Dalam Pagar Martapura.
14. H.M. Ali Junaedi, Qadhi.
15. Gunr H. Zainal Ilmi.
16. H. Ahmad Zainal Aqli, Imam Tentara.
17. H.M. Nawawi, Mufti.
18. Dan lain-lain banyak lagi.

Semuanya yang tersebut di atas adalah zurriyat-zurrivat Syeikh Arsyad yang menjadi ulama dan sudah berpulang ke rahmatullah.
Sebagai kami katakan di atas, Syeikh Mubammad Arsyad bin Al Banjari dan sesudah beliau, zurriyat-zariyat beliau adalah penegak-penegak Madzhab Syafi’i dan faham Ahlussunna,h wal Jama’ah, khususnya di Kalimantan.

Syaikh Arsyad wafat pada 6 Syawal 1227 H atau 3 Oktober 1812 M. Beliau meninggal dunia pada usia 105 tahun dengan meninggalkan sumbangan yang besar terhadap masyarakat islam di Nusantara.

Makamnya dianggap keramat dan hingga kini masih diziarahi orang. Haulnya pada Syawwal lalu dihadiri Menteri Agama RI H. Muhamamd Maftuch Basyuni bersama ribuan masyarakat, termasuk dari Malaysia, Sumatera, dan Jawa.

Mudah-mudahan Allah menurunkan rahmat kepada keluarga mereka dan kita semuanya, amin-amin.

Tags: ,

Datuk H.Ahmad Ulama Brunai Darussalam

Datuk Haji Ahmad Ulama Brunei Darussalam

Oleh WAN MOHD. SHAGHIR ABDULLAH[WAN Mohd.

Shaghir semasa membentangkan kertas kerja pada Seminar Bahan Rujukan Islam Nusantara di Brunei pada Ogos 2001. --- gambar tidak disiarkan --waqaf.net]

SETELAH genap 100 ulama diperkenalkan dalam ruangan Agama Utusan Malaysia, ulama yang ke-101 ditampilkan dalam artikel ini. Beliau berasal dari Banjarmasin, Indonesia tetapi menjalankan aktivitinya di Brunei Darussalam. Sangat sedikit penyelidikan yang dapat saya lakukan di Brunei, namun dalam dua kali saya mengikuti seminar sebagai pembentang kertas kerja iaitu pada 20-23 November 1995 dan 20-23 Ogos 2001, saya berhasil mengumpulkan riwayat beberapa orang ulama Brunei.

Kebanyakan riwayat adalah hasil wawancara bersama beberapa orang. Secara langsung saya juga berkesempatan pergi ke tempat-tempat yang bersejarah dan tidak dapat diketepikan melalui kajian beberapa buah buku yang diterbitkan di Brunei Darussalam. Kepada semua pihak di Brunei Darussalam yang telah menyumbang bahan-bahan yang sangat berharga, melalui mukadimah artikel ini dan artikel-artikel mengenai ulama Brunei Darussalam berikutnya, saya ucapkan ribuan terima kasih.

Sebelum memperkatakan ulama yang disebut dalam judul artikel ini, saya telah memperkenalkan beberapa ulama Brunei peringkat awal yang dimuatkan dalam buku Penyebaran Islam dan Salasilah Ulama Sejagat Dunia Melayu jilid ke-4. Mereka yang telah didokumenkan ialah Syarif Ali, Syarif Mufaqqih al-Muqaddam, Syeikh Adam, Sulaiman Abdur Rahman dan Saiyid Abu Bakar.

Saiyid Abu Bakar adalah datuk kepada Syeikh Muhammad Arsyad bin Abdullah al-Banjari. Dipercayai ulama Banjar yang sedang diriwayatkan ini ada hubungan dengan Saiyid Abu Bakar yang disebut itu.

Mengenai ulama yang berasal dari Banjar yang berhijrah ke Brunei, secara sepintas lalu pernah saya sentuh dan muatkan dalam buku berjudul Syeikh Muhammad Arsyad Al-Banjari, cetakan Khazanah Fathaniyah, Kuala Lumpur pada 1990.

Beberapa penulis yang berasal dari Brunei menyebut nama ulama yang berasal dari Banjar ini ialah Datuk Haji Ahmad bin Haji Abdul Lathif. Nama popularnya di Brunei Datuk Haji Ahmad Banjar saja. Beliau dilahirkan di Banjarmasin, Kalimantan, selatan Indonesia.

Tarikh lahirnya belum diketahui tetapi beliau dilahirkan dalam keadaan menyalahi adat kebiasaan. Ketika ibunya, Dayang Seri Banun (sebutan di Banjar) atau Dayang Serbanun (sebutan di Brunei) meninggal dunia, anaknya masih dalam kandungan. Lazimnya manakala ibu meninggal dunia bererti anak dalam kandungan turut meninggal dunia, tetapi keajaiban telah berlaku. Beberapa bulan kemudian kedengaran suara menangis dari kubur ibu tersebut. Setelah kubur digali ternyata didapati bayi masih hidup.

Seluruh tubuhnya dalam keadaan utuh kecuali hanya sebelah tangannya dimakan ulat bersama-sama mayat ibunya. Semua yang berlaku demikian adalah dengan �kudrat, iradat dan ilmu Allah� semata-mata, dan di luar daripada kemampuan manusia memikirkannya. Sesuatu yang menyalahi kejadian, menurut lazimnya dalam ilmu akidah, dinamakan �khariqul adah�. Sebaliknya jika seperti biasa saja dinamakan �sunnatullah�.

Asal usul

Pada zaman dulu hampir-hampir tidak ada ulama besar yang berasal dari Banjar yang terlepas daripada kaitan dengan Syeikh Muhammad Arsyad bin Abdullah al-Banjari, penyusun Sabil al-Muhtadin, yang sangat masyhur itu. Kaitan yang saya maksudkan di sini adakalanya perhubungan nasab dan adakalanya perhubungan keilmuan. Bahkan sebahagian besar kedua-duanya sekali.

Berdasarkan perjalanan sejarah dan cerita daripada pelbagai sumber, Datuk Haji Ahmad Banjar yang berhijrah ke Brunei sebagai penyebar Islam juga tidak terlepas daripada perhubungan itu. Sebelum datang ke Brunei beliau terlebih dulu telah memperoleh aliran ilmu Syeikh Muhammad Arsyad bin Abdullah al-Banjari yang turun kepada beberapa orang anak beliau. Datuk Haji Ahmad Banjar hanyalah sezaman dengan cucu-cucu ulama besar Banjar itu. Kemantapan dilanjutkan di Mekah. Beliau berguru dengan ramai ulama, antaranya Syeikh Ahmad Khathib bin Abdul Ghaffar as-Sambasi.

Oleh kerana Datuk Haji Ahmad Banjar adalah salah seorang murid Syeikh Ahmad Khathib Sambas, bererti kita dapat menulis sejarah yang agak panjang, lengkap, dan tahun-tahun aktiviti ulama Banjar itu berdasarkan banyak perbandingan. Barangkali sebelum ke Brunei, beliau telah diakui sebagai ulama besar di Banjar. Berdasarkan Syeikh Abdur Rahman Shiddiq al-Banjari, Mufti Kerajaan Inderagiri, tulisannya menyebut nama lengkapnya diawali dengan “Al-Alim Al-Allamah”.

Jika kita membicarakan murid Syeikh Ahmad Khathib Sambas yang paling terkenal ia cukup ramai. Antaranya Syeikh Nawawi al-Bantani (lahir 1230H/1814M, wafat 1314H/1896M), tetapi dalam artikel ini hanyalah dipilih yang ada hubungannya dalam persekitaran Borneo/Kalimantan. Salah seorang murid Syeikh Ahmad Khathib Sambas yang berasal dari Sarawak bernama Haji Abdul Lathif bin Haji Abdul Qadir Sarawak. Nama ini serupa nama dengan ayah Datuk Haji Ahmad Banjar, kemungkinan juga ayah beliau. Tetapi tidak dapat dipastikan kerana nama datuk pada Datuk Haji Ahmad Banjar belum diketahui. Haji Abdul Lathif pernah merantau ke Pontianak dan Banjar kerana menyebarkan Islam melalui ajaran Tarekat Qadiriyah-Naqsyabandiyah Syeikh Ahmad Khathib as-Sambasi.

Oleh sebab kedua-duanya sama-sama belajar dengan Syeikh Ahmad Khathib Sambas, riwayat yang pasti bererti kedua-duanya adalah bersahabat. Murid Syeikh Ahmad Khathib Sambas yang berasal dari Borneo/Kalimantan pula ialah Syeikh Nuruddin Tekarang. Ulama ini berasal dari selatan Filipina. Selepas belajar di Mekah dia pulang ke Sambas. Kuburnya terletak di Kampung Tekarang, Kecamatan Tebas, Kabupaten Sambas.

Muridnya Syeikh Muhammad Sa`ad daripada keturunan Sambas asli, kuburnya terletak di Kecamatan Selakau, Kabupaten Sambas. Semua ulama yang berasal dari Borneo/Kalimantan tersebut adalah ikhwan (persaudaraan) Datuk Haji Ahmad Banjar dalam Tarekat Qadiriyah-Naqsyabandiyah Syeikh Ahmad Khathib as-Sambasi. Riwayat yang diperoleh dari Brunei pula menyatakan Datuk Haji Ahmad Banjar bersahabat dengan ulama Brunei, Pangiran Abdul Momin bin Pangiran Sabtu (wafat 1298H/1880M). Beliau ini berasal dari Kampung Bakut Siraja Muda.

Sebagaimana pernah saya riwayatkan dalam beberapa tulisan sebelum ini, Syeikh Ahmad Khathib Sambas adalah termasuk murid Syeikh Daud bin Abdullah al-Fathani dalam pelbagai bidang ilmu kecuali Tarekat Qadiriyah-Naqsyabandiyah. Tarekat itu diterima oleh Syeikh Ahmad Khathib Sambas daripada Syeikh Syamsuddin.

Daripada kenyataan ini bererti sanad atau salasilah keilmuan pelbagai bidang ilmu Datuk Haji Ahmad Banjar melalui Syeikh Ahmad Khathib Sambas naik kepada Syeikh Daud bin Abdullah al-Fathani hingga naik kepada yang lebih atas daripadanya. Sanad atau salasilah ini pula dalam beberapa disiplin ilmu adalah sama dengan sanad atau salasilah Syeikh Muhammad Arsyad bin Abdullah al-Banjari.

Selain dipastikan bahawa Datuk Haji Ahmad Banjar adalah murid Syeikh Ahmad Khathib Sambas, diriwayatkan pula ketika di Mekah beliau telah belajar daripada beberapa ulama Arab yang terkenal pada zaman itu, antaranya Syeikh Utsman ad-Dimyathi, Saiyid Ahmad bin Zaini Dahlan, Syeikh Muhammad bin Sulaiman Hasbullah al-Makki dan lain-lain.

Daripada riwayat ini dapat diambil kesimpulan bahawa sama ada ilmu-ilmu yang melalui Syeikh Ahmad Khathib Sambas mahupun ilmu-ilmu yang melalui ulama-ulama Arab, semuanya adalah dalam ilmu yang dianggap selamat dari kaca mata penilaian ulama tradisional. Yang saya maksudkan di sini ialah bahawa dalam akidah tetap berpegang kepada Ahli Sunah Wal Jamaah menurut metod Imam Abu Hasan al-Asy�ari dan Imam Abu Mansur al-Maturidi. Tentang fikah tetap mengikut satu mazhab saja, iaitu Mazhab Syafie. Tentang tasawuf tetap berpedoman dan berpegang teguh dengan kitab-kitab turas tasawuf seperti karangan-karangan Imam al-Ghazali. Demikian juga pegangan tentang amalan, secara rutin tiada sekali-kali ditinggalkan amalan Tarekat Qadiriyah-Naqsyabandiyah yang beliau terima langsung daripada gurunya Syeikh Ahmad Khathib Sambas yang sangat terkenal itu.

Pemerintahan

Tahun kedatangan Datuk Haji Ahmad Banjar di Brunei belum diketahui dengan pasti. Diriwayatkan bahawa beliau berhijrah ke Brunei pada zaman pemerintahan Sultan Brunei yang ke-24, ialah Sultan Abdul Momin yang memerintah dari tahun 1852-1885. Datuk Haji Ahmad Banjar tinggal di Kampung Burung Pingai Ayer dan di sanalah beliau menjalankan aktiviti penyebaran Islam melalui pendidikan dan dakwah.

Murid-murid beliau datang dari beberapa kampung dalam Brunei, kebanyakannya datang dari Kampung Burung Pingai, Kampung Burung Tekuruk, Kampung Lorong Dalam dan lain-lain.

Dipercayai ilmu-ilmu yang diajarkan ialah penekanan tentang fardu ain, terutama akidah, fikah Mazhab Syafie, dan tasawuf. Ilmu fardu ain yang terpenting pula ialah praktik tajwid terutama dalam bacaan al-Fatihah yang wajib dibaca dalam sembahyang. Oleh sebab Datuk Haji Ahmad Banjar termasuk salah seorang �Khalifah Mursyid Tarekat Qadiriyah-Naqsyabandiyah�, sekali gus beliau juga telah membaiah dan mentawajjuhkan tarekat tersebut kepada beberapa muridnya. Antara mereka yang menerima tarekat itu ialah Pehin Datu Imam Haji Mokti bin Haji Nasar.

Selain kegiatan penyebaran ilmu-ilmu Islam, Datuk Haji Ahmad Banjar juga dilantik sebagai Pengawas Perkembangan Agama Islam di Brunei Darussalam. Selain itu, beliau juga pernah menjadi Kadi. Sungguhpun demikian, kemungkinan kerana waraknya, Datuk Haji Ahmad Banjar pernah menolak penganugerahan gelaran Datuk Seri Maharaja.

Oleh sebab ada hubungan pertalian kekeluargaan dengan Syeikh Muhammad Arsyad bin Abdullah al-Banjari, salah seorang cucu ulama Banjari ini ialah Haji Thasin bin Mufti Jamaluddin al-Banjari yang pergi ke Brunei dan berkahwin dengan anak Datuk Haji Ahmad Banjar yang bernama Aminah.

Hasil perkahwinan itu, mereka memperoleh anak bernama Haji Ramli. Haji Thasin bin Mufti Jamaluddin al-Banjari selain berkahwin di Brunei juga pernah bernikah di Pontianak, memperoleh beberapa orang anak. Antaranya Haji Yusuf Saigon dan Haji Muhammad Arsyad. Kedua-dua anak Haji Thasin yang di Pontianak ini adalah adik-beradik satu ayah dengan Haji Ramli di Brunei Darussalam. Walau bagaimanapun, saya masih belum dapat mengesan keturunan Haji Ramli bin Haji Thasin di Brunei.

Ikuti

Get every new post delivered to your Inbox.